Minggu yang sangat memenatkan

FUH~… bermula dari 18 March 2011 sehingga saat ni…saya rasa sgt penat..rasa macam dah tak termampu..oh…bilakan berakhir kesibukan ini…

sebelum 18 Mac – dah mula latihan untuk sukan – Bola Jaring, Ping-pong dan Bowling

18 Mac – Ke Betong tanpa dirancang utk tempah baju sukan

19 Mac – pagi2 dah bertolak ke Felda Mata Air, Perlis menghadiri kenduri rumah adik Abg Bob bersama Kak Da, Acu n her fiancee (cikgu Amir). Kalo dah ke Perlis tu “rugi x singgah padang besar” [orang kata la]. So, kami pun singgah, jamu2 mata..mak aiiii ramai tul org..tp harga boleh tahan gak..bg sy harga di KL lg murah..hehehe… pusing2 perlis, pukul 12.oo mlm baru sampai rumah.

20 Mac – seawal pukul 6 dah bertolak ke Ipoh untuk Bowling Tournemant..kalo pukul 6 betolak..pukul berapa bangun??? huhu..dah le kene drive sendiri..mengantuk toksah cerita la..nasib baik ada Acu menemani.. After tournement..makan2 di Ipoh dengan Pak Ude, then pukul 3 gerak ke KL untuk Tapisan Keselamatan…nak dijadikan cerita, sampai di KL, Fiza pulak keluar n lambat balik..jenuh la menunggu di depan rumah…kul 10 br Fiza balik..ms tu belum rasa nak marah lg..masih cool n tersenyum.. bila Fiza cakap yang dia xdpt ikut p Tapisan Keselamatan…hoho, waktu tu rs mcm nak marah je, dah la penting tu!..tp…cool…talked to Pak Ude…alhamdulillah, prob solved!

21 Mac – Bergerak ke Putrajaya untuk Tapisan Keselamatan dengan Kak Norli. Kak Norli jd bidan terjun ganti Fiza…berdebar tul nak hadapi interview ni..ingatkan pegawai-pegawai atasan yang interview..rupa2nya pak polisi…berpangkat ASP lak tuh…Fuh~.. alhamdulillah…semuanya OK.

22 Mac – Bergerak ke Port Dickson untuk kursus 3 hari. Sy stay di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort..best tempat tu..dapat pulak bilik yang mengadap laut..nice view! malam2 tidur ditemani deruan ombak…[romantik gitu]. 1st time ni drive sorang2 sejauh itu ke Negori..sesat la jugak..hehehe..jadual kursus mmg pack, so xde masa nak ‘aku berlari, kau mengejar di pesisir pantai’..tp enjoy sbb tempatnya best..

24 Mac – After exam, bergerak balik ke KL. Stay kat rumah Fiza sbb 29 Mac ada meeting di KPKT..alih2 meeting tunda, so plan pun kene pinda..Meeting tunda sebab boss masuk hospital..En. Aznul, get well soon. disbbkan plan perlu dipinda..maka dtglah plan yang ….[hehehehe..tanduk sudah keluar]

25 Mac – Stay 1 day in KL…jalan2 kat Masjid Jamek..cuci mata..window shopping..KL tengah sale..tp xde budget la..so tgk2 n pegang2 je la..

26 Mac – Bergerak ke Ipoh..spent time n jalan2 pusing Ipoh w Pak Ude

27 Mac – Bergerak balik ke rumah…

28 Mac – Masuk office…mak aiiiii byknya file kat atas meja…maknanya byk kerja perlu disiapkan…baru tengok dah rasa mengah! ditambah lagi dgn sistem error report! byknya email nak kene jawab! aduh…aduh…aduh…latihan intensif untuk sukan pun bermula minggu ni..jenuh nak bhg masa antara bola jaring, ping-pong n badminton. start latihan after keje..then sambung lepas isya’…so bayangkan…hah [mengeluh samnil menghela nafas panjang].

28 – 30 Mac – Latihan intensif..siang-malam

31 Mac – Bergerak ke Manjung untuk Kejohanan Sukan PBT.

1-3 April – Kejohanan berlangsung

4-5 April – plan nak amik cuti la…Pak Ude, tunggu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: