Alkisah jahit-menjahit

Actually lama dah tak menjahit, sejak pindah ke sini. Kesian mesin jahit yang mak belikan, terbiar berhabuk je kat rumah mak. Mesti sume tertanya, kenapa mak x guna mesin jahit tu? Anak boleh menjahit, mesti belajor dari mak kan?’ hahaha…mak saya mana pandai menjahit guna mesin jahit, dan orang2 lain yang dalam rumah tu pun x pandai menjahit guna mesin jahit..pendek kata saya sorang je yang boleh menjahit guna mesin jahit. So, persoalannya dari mana turunnya bakat menjahit ni???

Alkisahnya gini..dulu2 masa lepas SPM, nak kerja ayah x bagi, katanya nanti dah syok kerja xmo sambung belajor pulak..disebabkan boring dirumah, saja-saja ikut mak p kelas menjahit anjuran KEMAS, xde niat pun nak belajor. Bila kat kelas tengok mak asik ngantuk je, nota pun ntah apa yang ditulisnya…maka terjadilah perbualan antara mak dan saya

Saya: awat mak ngantuk dlm kelas tadi. X best ka cikgu ajar?

Mak: Mak x minat la

Saya: dah tu, awat mak p kelas ni

Mak: mak kan urusetia dan pegang kunci dewan…kena la datang

Hahahahah…itu la mak saya, dia bukannya minat kerja2 yang melibatkan daya kreatif dan lemah-lembut ni..kalo bab berkebun, kerja ganas2, masak2 bagi la kat dia..kompem best! Disebabkan dia x minat, saya offer untuk gantikan dia dalam kelas tu. Maka bermula la pembelajaran.

Tapi, xsempat khatam [dasar baju pun x sempat potong] saya dah kene register kat UM..belajor separuh jalan je..huhu..disebabkan semangat nak buat baju sendiri, balik cuti try potong baju sendiri. Masa tengah potong mak ternampak..terjadi lagi perbualan antara mak dan saya

Mak: boleh ka potong sendiri ni?

Saya: try je la..kain murah ni. Tapi kan nak jahit camna mak? Mesin jait xdak? [saja bt ayat ni, nak suruh mak belikan sebenarnya..]

Mak: xpa, esok kita p tgk mesin jait kat pekan. [Yes! Ayat mengena akhirnya]

Maka pergi lah kami berdua ke pekan tinjau2 mesin jahit yang sesuai. Hajat di hati memang nak mesit jahit yang macam kat rumah makcik. Tapi sebab baru nak belajar, lagipun x expert lg kan, dah tu pulak mak yang nak belikan..so xyah demand sangat..

Mesin jahit macam kat rumah makcik. She’s an expert. Dah lama buat bisnes jahit menjahit. - Gambar dr Mr.Google

Saya deserve yang ni je..maklumlah beginner - gambar dari Mr.Google

Mesin jahit sampai kat rumah, malam tu jugak saya jahit baju kurung. Alhamdulillah, menjadi. Ingat lagi baju tu warna oren berbunga kelabu, baju kurung jahitan sendiri yang pertama. So, raya tahun tu, saya jahit semua baju mak n adik2..sampai mlm raya menjahit lagi.

Sekarang ni tengah hangat menjahit…tapi dah guna mesin jahit baru..hehehe…tadaaaa

tadaaaaa...mesin jahit baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: