Demonstrasi – August 1, 2009

Untuk release tension, last saturday (August 1, 2009) sy decided to go shopping at SOGO and Jalan TAR…Actually dah lama tak shopping & jalan2 kat sana..rindu kat kedai buku PUSTAKA MUKMIN, place where I used to go n bought almost of my collections.

After work, I left the office at 11.30am went straight to SOGO…hehehe banyak jgk la abeh kat situ…xpe la, bukannya selalu…ayat penyedap hati… but I mmg suka betul dgn Nicol’s collections… tengah syok memilih… tiba2 terdengar announcement “Salam sejahtera kepada semua pengunjung SOGO, sekiranya anda ingin keluar dari bangunan ini sila guna pintu yg terdapat di tingkat bawah di bahagian pasaraya”. Tertanya2 kenapa mcm tu pulak..xpe la..ikut kan je la..

Tiba diluar, Oh my God, why so many people here..Police, FRU & wartawan too. why all the shops are closed??  Termasuk pintu utama SOGO. what…what..what was happening???? Oooo rupa2nya ada denonstrasi..tp utk apa??? Terdengar laungan AllahuAkbar!! AllahuAKbar!! Hapuskan ISA, ISA kejam! oleh perarakan yg terdiri dr lelaki dewasa, wanita, dan remaja (lelaki n perempuan, nampak mcm student IPT, I guess so)

Mula2 tu nampak aman, so sy ambil peulang utk rakamkan detik2 yg xpernah berlaku depan mata.. ni diantara gambar2 yang sempat sy rakamkan.

Polis buat benteng'Pendemonstrasi' berarak

'Pendemonstrasi' beraksi'Pihak berkuasa' memantau keadaan

Then sy tinggalkan SOGO & beralih ke lokasi lain yg nampak lebih AMAN, Pasar Malam Jalan TAR. Nak la jugak kain pasang & tudung utk baju raya. Tiba2 mata & muka terasa pedih yang amat..why??? semua org nampak tergesa2 berarak ke suatu yg xtau nak dituju..udara disekitar kawasa tu telah dicemari! Tiba2 terdengar satu balingan OBJECT, kemudian OBJECT itu mengeluarkan kepulan asap. Semua yg ada disitu menjerit ketakutan, terbatuk, termuntah, kepedihan terhidu asap tersebut. Termasukla sy. Memang teruk pengalaman terhidu asap tu, rasa sesak nafas yg teramat sgt, hampir rebah, nasib baik ada yg meghulurkan air. Kesan asap tu bukan saja menyesakkan nafas, juga memedihkan mata, muka terasa pedih & panas sangat!

HUH…selalu digemburkan rakyat Malaysia bila buat demonstrasi…buat secara aman.. AMAN ke??? Bila mana ia menganggu ketenteraman org awam, itu TIDAK AMAN namanya! Bayangkan la, ia mengganggu para peniaga nak berniaga sehingga mereka terpaksa tutup kedai, para pengunjung bertempiaran lari xtau kemana nak tuju..nak xnak terpaksa merasai keperitan asap tu. Kalau org dewasa merasa keperitan tu, apatah lagi anak2 kecil. Then apa pula kata pengunjung luar yg datang kononya nak menikmati keamanan Malaysia.

Kenapa ‘pendemonstrasi2’ terlibat tu harus lari ke arah pengunjung awam, dan kenapa puhak berkuasa perlu memnaling OBJECT itu, sedangkan pengunjung awam berada disitu. Pengunjung awam tak terlibat!!!!  Kenapa perlu jadikan pengunjung awan mangsa keadaan. Mana Tanggunggjawab!

Ye..kita rakyat Malaysia memang bertuah sbb bebas bersuara, bebas memperjuangkan hak, tapi selalu dipesan lakukan dengan cara yang BETUL dan AMAN. Jadi sepatutnya ‘pendemonstrasi2’ ni fikirkan cara terbaik supaya tidak sampai menjejas & mengganggu pengunjung awam yang tidak terlibat. Buat la kat tempat yang buka tempat laluan pengunjung awam, jauh dari lalulintas. Cthnya kat dewan ke, padang ke..

Waktu tu saya tak boleh ke mana2, stesen STAR / LRT Masjid Jamek & Bandaraya tutup, bus & kereta memang tak lalu kat situ sbb jalan tutup… nasib baik KTM buka waktu tu, itupon penuh sesak dengan orang. Semua nak keluar dari situ.. Then I decided to go home. Alhamdulillah, sampai kat rumah dengan selamat walaupun terpaksa bersesak dlm KTM. Pahit betul pengalaman ni!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: