Berpuasa di hari kelahiran

Ada sesetengah orang mengatakan bahawa berpuasa pada hari kelahiran boleh mendatangkan rezeki, dan ada juga orang2 tua yang berpesan untuk berpuasa di hari kelahiran supaya dimudahkan jodoh. Erm..persoalannya adakah puasa sebegini dibenarkan dalam islam?

Kita mesti menggunakan dalil2 yang sahih dan ikut sunnah Rasulullah dalam mengamalkan sesuatu ibadah agar ianya tidak sia2. Ada banyak puasa sunat yang diajarkan Rasulullah.

Kita disunatkan berpuasa pada hari isnin dan khamis seperti yang Rasulullah lakukan, bukan kerana hari lahir masing2. Rasulullah berpuasa pada hari isnin yang kebetulan hari lahir baginda jatuh pada hari isnin ( Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M ), dan pada hari itu juga seluruh amal dibentangkan oleh Allah, bukan kerana hari lahir baginda.

Seluruh amal dibentangkan pada hari isnin dan khamis. Ketika itulah Allah mengampuni setiap muslim atau setiap mukmin kecuali yang melakukan dosa secara terang-terangan. Allah berfirman, “Tundalah untuknya” ( HR. Ahmad dengan sanad sahih).

Bagi saya apa yang kita lakukan, perlulah bertepatan dengan niat. Tapi ini x pula bermakna “niat menghalalkan cara”. Tak salah kita nak berpuasa pada hari kelahiran kerana bersyukur telah diberi kesempatan untuk menikmati hidup sampai hari ini. Juga bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas, untuk menjalani hidup, untuk menebus kealpaan, untuk menyempurnakan apa yang belum dan perlu disempurnakan.

Sebenarnya setiap tiba hari kelahiran, menandakan kita semakin dekat dengan titik akhir dan semakin jauh meninggalkan titik mula. Dengan ini sepatutnya kita sedar bahawa masa untuk kita beramal telah pun berkurang lagi setahun, perlu muhasabah diri apa yang telah kita berbuat dan capai dalam tempoh yang telah lalu. Adakah cukup bekalan kita untuk menuju ke titik akhir?

Kepada semua yang menyambut hari lahir hari ni, I dedicate this song to u…semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah. Amin.

Frens, thanks for all the wishes and gifts

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: